Thursday, July 6, 2023

10.4 PROSEDUR MENYATAKAN OBJEKTIF

 HASIL PEMBELAJARAN EKSPLISIT

 (MAGER R.F., 1984) 


Perkara

Penjelasan

Contoh

A (Audience)

Merujuk kepada pelanggan (Audiens)

Murid kelas 2A

B (Behaviour)

Merujuk kepada apa yang anda mahu mereka lakukan

Membincangkan

C (Condition)

Merujuk kepada situasi perkara yang murid mahukan

Faktor-faktor mempengaruhi kejatuhan melaka

D (Degree)

Merujuk kepada berapa banyakkah penguasaan murid

4 faktor dengan betul

E (Evaluation)

Merujuk kepada penilaian

Alat penilaian yang diggunakan: lisan, esei dan sebagainya.




contoh penulisan hasil pembelajaran eksplisit : pada akhir pembelajaran , murid dapat :-
  • menamakan mengikut susunan sultan-sultan yang memerintah Melaka dengan tepat. 
  • Membincangkan 4 faktor penting yang menyebabkan kejatuhan Negeri Melaka. 

Audiens

Behavior

Condition

Degree

Evaluation

 

Murid Ting 4E

Menamakan ikut susunan

Sultan-sultan yang memerintah Melaka

Dengan tepat

Soalan Objektif

Murid Ting 4A

Membincangkan

Factor-faktor yang mempengaruhi kejatuhan Melaka

4 faktor dengan betul

Soalan Esei




10.7 KEPENTINGAN MENYEDIAKAN RANCANGAN PENGAJARAN

 


  • Panduan guru ganti- penerangan kepada guru gnti untuk meneruskan aktiviti pengajarannya.
  • Pemantauan- penguasaan murid di dalam kelas tentang perkara yang diajar
  • Tingkatkan keyakinan -guru lebih yakin untuk melaksanakan pengajaran yang tersusun secara yang berkesan

  • Lebih fokus objektif -guru lebih fokus terhadap objektif untuk memastikan para pelajar dapat mencapainya dalam jangka masa yang ditetapkan

  • Bahan pengajaran -dapat pilih, bina, & guna bahan bantu yang berkesan supaya pelajar memahami isi kandungan dan mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.

  • Pengajaran sistematik- dapat dilaksanakan mengikut fasa permulaan, pergembangan dan penutup mengikut perancangan yang telah dibuat.

  • Kawalan masa- masa PdP dapat dimaksimumkan mengikut perancangan jadual waktu secara efektif 

  • Refleksi guru-  membolehkan guru mengesan kelemahan dan masalah yang berlaku dan segera membetulkan untuk penambahbaikan kaedah PdP

  • Pemahaman kandungan- memastikan isi pelajaran dapat dikuasai oleh murid-murid mengikut pemeringkatan objektif dan tajuk yang diajar oleh guru

  • Pembelajaran teratur- merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran dan kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap keupayaan murid

  • Menarik-  strategi & aktiviti PdP yang menarik minat murid-murid untuk memahami dan belajar.


10.6 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 

Pengertian

Schon(1983): Amalan refleksi menerangkan pengalaman dalam minda apabila menggunakan teori yang berubah menjadi praktikal

(pengalaman hidup peribadi seseorang itu)

Dewey(1993): cara khas dalam menyelesaikan masalah. Ia merupakan proses kognitif  aktif secara sedar untuk menyelesaikan masalah  praktik.

Hanifah (2004): salah satu ulasan terhadap amalan seseorang untuk memastikan ketepatan dan keakurannya kepada satu-satu peraturan yang telah ditentukan.(proses menganalisis, merenung, dan mencari alasan seterusnya membuat cadangan &tindakan untuk pemperbaiki diri secara berterusan


Prosedur Menulis

     Tahap pencapaian murid .

     Perkara yang belum dicapai oleh murid

     Cadangan intervensi: nyatakan secara spesifik tentang tindakan susulan untuk membantu murid yang masih belum mencapai objektif. Contoh;Menyediakan- soalan, bahan bantu mengajar, aktiviti pembelajaran yang pelbagai, menggunakan ekspresi wajah dan bahasa tubuh. 

Kepentingan

     Dapat membuat penilaian kendiri

     Melatih berfikir secara analitik, kritis dan kreatif

     Menghasilkan rancangan PdP yang lebih baik

     Boleh menyelesaikan masalah selepas mengambil kira semua  pilihan




10.5 RPT guru berdasarkan DSKP




 STANDART KANDUNGAN   

     Penyataan spesifik tentang perkara yang pelajar patut ketahui & boleh lakukan dalam

 suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran , nilai , budaya dan

 kepercayaan. 



STANDART PEMBELAJARAN 


suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh

 diukur bagi setiap standart kandungan. 


 
STANDART PRESTASI

Suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap penguasaan murid sebgai petunjuk

 bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai. 




KONSEP 
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Rancangan pengajaran : suatu pelan bertindak yang disediakan oleh para guru terhadap PdP bagi tahun akademik semasa berdasarkan dokumen rasmi yang diwartakan sebagai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurukulum, Kementerian Pendidikan Malaysia

Merujuk kepada akta pendidikan 1996:

    ‘Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut Sukatan Pelajaran / DSKP dan pentaksiran yang diluluskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia. Guru yang mengajar tanpa merujuk dan mengikut dokumen tersebut adalah telah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 5,000.00 atau penjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 bulan  atau kedua-duanya sekali’’. 


RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 
(RPT)

    Wajib disediakan mengikut peruntukan waktu yang ditetapkan

    Untuk menyusun agihan standard- kandungan, pembelajaran, prestasi. Sebagaimanana terdapat dalam DSKP

    Untuk memastikan para guru dapat menentukan tahap di mana tajuk  & kandungan diajar, kaedah dan strategi serta sumber/bahan pengajaran ditetapkan. 

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika membina RPT:

     Peruntukan masa PdP bagi 1 minggu.

     Skop kandungan yang dimuatkan, kepentingan dan jangka masa yang ditetapkan.

     Kesinambungan isi kandungan bagi setiap waktu PdP

     Integrasi semua perkara yang perlu diajar –elemen merentas kurikulum (ilmu, nilai, teknologi, kreativiti, bahasa, keusahawanan, kemahiran).

contoh Rpt : sumber google




RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
 (RPH) 

  • Dokumen rasmi berupa rekod khas bertulis yang disediakan oleh guru-guru sebelum melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP)

Maklumat yang perlu ada:

a). Maklumat asas- tarikh &hari, masa, kelas, subjek , tema, standard pembelajaran ,hasil pembelajaran, kaedah /aktiviti PdP, bahan bantu, penilaian, pengetahuan sedia ada, elemen merentas kurikulum

b). Maklumat aktiviti PdP -  langkah/fasa, masa, aktiviti PdP dan catatan.

  • Aktiviti yang dirancang  (berdasarkan model yang dipilih) –model pembelajaran –masteri,konstruktivisme, inkuiri, berasas projek,berasas masalah. 






Wednesday, July 5, 2023

10.3 Domain objektif dalam Penetapan Matlamat & Objektif Kurikulum / Pengajaran (Taksonomi Bloom)

DOMAIN KOGNITIF 

          Domain yang melibatkan kompenan pengetahuan dan perkembangan  intelek (Bloom, 1956). 







DOMAIN AFEKTIF 

          Domain yang berkaitan dengan sikap, nilai, perasaan, emosi serta tahap penerimaan atau penolakan suatu perkara dalam proses pembelajaran 





DOMAIN PSIKOMOTOR

Domain ini meliputi kompetensi yang berkaitan dengan gerak fizikal yang terdiri dari gerakan reflek, keterampilan gerakan dasar, kemampuan perseptual, ketetapan, keterampilan kompleks, serta ekspresif dan interperatif.





10.2 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP)

 
Apakah itu DSKP??

      Satu dokumen yang mengintegerasikan kurikulum dan pentaksiran.

      DSKP menyenaraikan Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (Spi).

Mengapakah DSKP dilaksanakan??

        Ekuiti & Kualiti: Memastikan kurikulum dan pentaksiran di sekolah mempunyai tahap capaian yang terbaik. Kurikulum mengandungi  kandungan, pedagogi dan pentaksiran.

        Akauntabiliti: Memastikan semua murid melepasi piawaian standard.

        Piawaian Pengukuran: Membantu untuk memudahkan guru melaksanakan pentaksiran dalam proses PDP.

          Penetapan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu diukur. Mengenalpasti strategi penambahbaharuan. Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.

Bagaimanakah DSKP dilaksanakan??

          Guru membuat Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan

 Rancangan

 Pengajaran Harian (RPH) berdasarkan garis panduan Standard

 Kandungan

 (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SP) yang

 terkandung dalam DSKP.

          Guru melaksanakan PdP dan menjalankan pentaksiran dengan

 merujuk satu dokumen sahaja.

          Guru mentaksir perkembangan dan pencapaian murid melalui

 Standard Prestasi.




10.1 KONSEP & PENGERTIAN KURIKULUM DAN PENGAJARAN

 1. KURIKULUM RASMI

      Kurikulum kebangsaan atau kurikulum ideal.

      Mengandungi ciri-ciri ideal dari segi matlamat, pelaksanaan dan penilaian

      Dilaksanakan secara menyeluruh di semua sekolah di Malaysia dan menengah. 


2. KURIKULUM KEBANGSAAN 

      Suatu program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum.

      Merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan

      Membantu perkembangan murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

3. KURIKULUM SEKOLAH  

      Rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan..

      Meliputi RPT & RPH dan kandungan mata pelajaran serta segala kegiatan PDP di bilik darjah

     Meliputi kegiatan pendidikan luar bilik darjah seperti sukan, persatuan, pasukan pakaian seragam dan lain-lain

4. KURIKULUM SEBENAR

      Kurikulum formal dan kurikulum tidak formal yang dioperasikan pada peringkat bilik darjah.

5. DOKUMEN STANDART KURIKULUM  & PENTAKSIRAN 

      Dokumen rasmi.

      Pelaksanaan pendidikan yang mengintegrasikan kurikulum, pembelajaran dan pentaksiran yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum. 
    Bertujuan membantu guru mengatur kandungan, proses pengajaran dan pembelajaran serta melaksanakan pentaksiran

6.  STANDART KANDUNGAN

   Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui & boleh dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran  dan nilai. 

7.  STANDART PEMBELAJARAN

                              •   Satu pemetaan kriteria & indikator kualiti pembelajaran dan pencapian yang boleh diukur bagi                                 standard kandungan.

8. STANDART PRESTASI

      Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid, sebagai petunjuk bahawa perkara telah dikuasai.

10.4 PROSEDUR MENYATAKAN OBJEKTIF

  HASIL PEMBELAJARAN EKSPLISIT  (MAGER R.F., 1984)  Perkara Penjelasan Contoh A (Audience) ...