Wednesday, July 5, 2023

10.2 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP)

 
Apakah itu DSKP??

      Satu dokumen yang mengintegerasikan kurikulum dan pentaksiran.

      DSKP menyenaraikan Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (Spi).

Mengapakah DSKP dilaksanakan??

        Ekuiti & Kualiti: Memastikan kurikulum dan pentaksiran di sekolah mempunyai tahap capaian yang terbaik. Kurikulum mengandungi  kandungan, pedagogi dan pentaksiran.

        Akauntabiliti: Memastikan semua murid melepasi piawaian standard.

        Piawaian Pengukuran: Membantu untuk memudahkan guru melaksanakan pentaksiran dalam proses PDP.

          Penetapan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu diukur. Mengenalpasti strategi penambahbaharuan. Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.

Bagaimanakah DSKP dilaksanakan??

          Guru membuat Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan

 Rancangan

 Pengajaran Harian (RPH) berdasarkan garis panduan Standard

 Kandungan

 (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SP) yang

 terkandung dalam DSKP.

          Guru melaksanakan PdP dan menjalankan pentaksiran dengan

 merujuk satu dokumen sahaja.

          Guru mentaksir perkembangan dan pencapaian murid melalui

 Standard Prestasi.




No comments:

Post a Comment

10.4 PROSEDUR MENYATAKAN OBJEKTIF

  HASIL PEMBELAJARAN EKSPLISIT  (MAGER R.F., 1984)  Perkara Penjelasan Contoh A (Audience) ...