Thursday, July 6, 2023

10.5 RPT guru berdasarkan DSKP




 STANDART KANDUNGAN   

     Penyataan spesifik tentang perkara yang pelajar patut ketahui & boleh lakukan dalam

 suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran , nilai , budaya dan

 kepercayaan. 



STANDART PEMBELAJARAN 


suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh

 diukur bagi setiap standart kandungan. 


 
STANDART PRESTASI

Suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap penguasaan murid sebgai petunjuk

 bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai. 




KONSEP 
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Rancangan pengajaran : suatu pelan bertindak yang disediakan oleh para guru terhadap PdP bagi tahun akademik semasa berdasarkan dokumen rasmi yang diwartakan sebagai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurukulum, Kementerian Pendidikan Malaysia

Merujuk kepada akta pendidikan 1996:

    ‘Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut Sukatan Pelajaran / DSKP dan pentaksiran yang diluluskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia. Guru yang mengajar tanpa merujuk dan mengikut dokumen tersebut adalah telah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 5,000.00 atau penjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 bulan  atau kedua-duanya sekali’’. 


RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 
(RPT)

    Wajib disediakan mengikut peruntukan waktu yang ditetapkan

    Untuk menyusun agihan standard- kandungan, pembelajaran, prestasi. Sebagaimanana terdapat dalam DSKP

    Untuk memastikan para guru dapat menentukan tahap di mana tajuk  & kandungan diajar, kaedah dan strategi serta sumber/bahan pengajaran ditetapkan. 

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika membina RPT:

     Peruntukan masa PdP bagi 1 minggu.

     Skop kandungan yang dimuatkan, kepentingan dan jangka masa yang ditetapkan.

     Kesinambungan isi kandungan bagi setiap waktu PdP

     Integrasi semua perkara yang perlu diajar –elemen merentas kurikulum (ilmu, nilai, teknologi, kreativiti, bahasa, keusahawanan, kemahiran).

contoh Rpt : sumber google




RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
 (RPH) 

  • Dokumen rasmi berupa rekod khas bertulis yang disediakan oleh guru-guru sebelum melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP)

Maklumat yang perlu ada:

a). Maklumat asas- tarikh &hari, masa, kelas, subjek , tema, standard pembelajaran ,hasil pembelajaran, kaedah /aktiviti PdP, bahan bantu, penilaian, pengetahuan sedia ada, elemen merentas kurikulum

b). Maklumat aktiviti PdP -  langkah/fasa, masa, aktiviti PdP dan catatan.

  • Aktiviti yang dirancang  (berdasarkan model yang dipilih) –model pembelajaran –masteri,konstruktivisme, inkuiri, berasas projek,berasas masalah. 






No comments:

Post a Comment

10.4 PROSEDUR MENYATAKAN OBJEKTIF

  HASIL PEMBELAJARAN EKSPLISIT  (MAGER R.F., 1984)  Perkara Penjelasan Contoh A (Audience) ...