Wednesday, July 5, 2023

10.1 KONSEP & PENGERTIAN KURIKULUM DAN PENGAJARAN

 1. KURIKULUM RASMI

      Kurikulum kebangsaan atau kurikulum ideal.

      Mengandungi ciri-ciri ideal dari segi matlamat, pelaksanaan dan penilaian

      Dilaksanakan secara menyeluruh di semua sekolah di Malaysia dan menengah. 


2. KURIKULUM KEBANGSAAN 

      Suatu program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum.

      Merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan

      Membantu perkembangan murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

3. KURIKULUM SEKOLAH  

      Rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan..

      Meliputi RPT & RPH dan kandungan mata pelajaran serta segala kegiatan PDP di bilik darjah

     Meliputi kegiatan pendidikan luar bilik darjah seperti sukan, persatuan, pasukan pakaian seragam dan lain-lain

4. KURIKULUM SEBENAR

      Kurikulum formal dan kurikulum tidak formal yang dioperasikan pada peringkat bilik darjah.

5. DOKUMEN STANDART KURIKULUM  & PENTAKSIRAN 

      Dokumen rasmi.

      Pelaksanaan pendidikan yang mengintegrasikan kurikulum, pembelajaran dan pentaksiran yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum. 
    Bertujuan membantu guru mengatur kandungan, proses pengajaran dan pembelajaran serta melaksanakan pentaksiran

6.  STANDART KANDUNGAN

   Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui & boleh dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran  dan nilai. 

7.  STANDART PEMBELAJARAN

                              •   Satu pemetaan kriteria & indikator kualiti pembelajaran dan pencapian yang boleh diukur bagi                                 standard kandungan.

8. STANDART PRESTASI

      Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid, sebagai petunjuk bahawa perkara telah dikuasai.

No comments:

Post a Comment

10.4 PROSEDUR MENYATAKAN OBJEKTIF

  HASIL PEMBELAJARAN EKSPLISIT  (MAGER R.F., 1984)  Perkara Penjelasan Contoh A (Audience) ...